Saturday, 10 September 2011

DEQ NANNIES ANN SABAS BEAUTY BRIDALS HOUSE

Simpang Empat, Hutan Melintang | September 10, 2011

GOLDEN TOUCH D SABA S Beauty & Wellness.... Kecantikan & Kesihatan.... kesemuanya ada kaitan yg bermakna ~ rawatan kecantikan dan kesihatan sesuai utk bakal pengantin juga... jadi dikaitkan dgn DEQ NANNIES ANN SABAS BEAUTY BRIDALS HOUSE... bukan yg baru nak kawin je boleh buat rawatan...yg nak kawin lagi satu pun boleh ambil pakej2 rawatan kami ni... hehehe jangan marah, sekadar bergurau.... namun, kecantikan & kesihatan jangan dipisahkan...

Sehubungan dengan itu, dengan Ingatan Tulus Ikhlas saya menjemput anda sekelian SILA MAMPIR ke premis saya di GOLDEN TOUCH D SABA S Beauty & Wellness ~ berhadapan Masjid & Pasaraya Billion di SIMPANG EMPAT, Jln Hutan Melintang >>> 

Acara:  'Soft Launch' 3-in-1 Golden Touch D Saba S Beauty & Wellness
Waktu:  24 Sept 2011, bermula jam 2:00 ptg
Tetamu Khas:   YB Dato' Shaarani, ADUN Rungkup.

Dipersilakan semua... kehadiran kalian amat-amat saya sanjungi, ribuan terima kasih.... jumpa nanti ya!

September 10, 2011 - DEQ NANNIES ANN SABAS BEAUTY BRIDALS HOUSE
September 7, 2011 - Saya n rawatan kecantikan...

RAMADHAN 25....GOLDEN TOUCH BERWAJAH BARU...

Simpang Empat, 25 Ogos 2010 | 25 Ramadhan 1432H

25 RAMADHAN....  GOLDEN TOUCH D SABA S BEAUTY & WELLNESS BERWAJAH BARU... Ikuti PENGUMUMAN 'SOFT LAUNCH' pada 24 Sept nanti, jam 2:00 ptg! Coming soon.... 

Sekadar barang-barang yg saya simpan utk saya bawa bila ada Expo n Pameran perkhidmatan SPA alam herba... yg dibeli utk Karnival 1Malaysia Herba & Ulam-ulaman di TEMAN, Gopeng pada awal tahun 2011. Kini dengan perluasan sedikit premis dapatlah saya pergunapakai semua peralatan dan decor yg dah siap dibeli berkat usaha bisnes katering dan rawatan terapi Melayu selama ini.
[Petikan >>> http://www.facebook.com/media/set/?set=a.256908351009849.68205.100000720593928&type=1#!/media/set/?set=a.256913191009365.68207.100000720593928&type=1]
GOLDEN TOUCH BERWAJAH BARU... decor luaran dan dalaman


Saya sering memaklumkan kpd pembimbing saya ~ itulah sahaja cara yg dapat saya lakukan demi memartabatkan cita-cita asalnya utk 'Team Perak' yg nampaknya saya seorang shj yg masih gigih meneruskan utk terapkan tema 'Abadikan Herba dalam Kehidupan'. Saya hargai kesungguhannya nak melihat saya berjaya menerusi usaha konsultansinya, walaupun telah bersara dan kini dlm proses pemulihan dari serangan jantung yg dialaminya.
Ruang baru yg baru disusunatur dgn warna dinding, lampu, peralatan moden dan klinikal.

Ruang baru yg agak menyelesakan dari PONDOK RUANG RAWAT ku yg dulu.. (BAHAGIAN DALAM), kini diperlengkapkan dgn tub utk rawatan mandian susu/SPA berasaskan herba, dll.... dan pakej tambahan ini kini disediakan kpd bakal pengunjung dan pelanggan setia dan baru. Silalah mampir ke teratak hamba di GOLDEN TOUCH D SABA S BEAUTY & WELLNESS yg berwajah baru serta penambahan pakej2 menarik...utk perkhidmatan kesihatan dan kecantikan, Insyallah kpdNya jua kita memohon restu di atas usaha-usaha kita bersama...
[Petikan >>> http://www.facebook.com/media/set/?set=a.256908351009849.68205.100000720593928&type=1#!/media/set/?set=a.256916691009015.68208.100000720593928&type=1]
Antara lainnya...bath tub utk mandian bunga, susu, herba dsb....

 

P/S:  Ada nampak kaki IKAN DUYUNG tu yg berenang2?Ingin tahu lebih lanjut...sila call saya, boleh atur janji dan/atau mampir terus ke premis saya...

RAMADHAN 3 ~ AKU PECAH BILIK RAWATAN...

Simpang Empat, Ogos 2010 | Ramadhan 1432H

3 RAMADHAN.... MEMBAIK PULIH PONDOK RAWATAN KU UTK LEBIH SELESA PADA PELANGGAN.... sepanjang bulan puasa yang mulia, sikit demi sikit, ku membaik pulih premis rawatan ku yang ku takrifkan sebagai 'pondok rawatan'. 

Petikan imej yg saya scan dari berita dalam Facebook saya...


"Alhamdulillah ada juga orang yang sudi bantu, kalau nak harapkan jabatan/agensi kerajaan alamatnya tak bergeraklah ye puan?", kata pembimbing saya selama ini....
Pendirian saya pula begini >>> "Usaha sendiri lebih bermakna dalam satu-satu perniagaan. Kalau mereke terus nak ketepikan saya pun saya tak kisah... ia lebih membuat saya lebih tabah dan yakin atas usaha saya sendiri..."
Kenyataan beliau seterusnya..... "Bagus, itu semangat yg perlu ada pada setiap usahawan...namun saya masih pertikaikan mengapa sesetengah usahawan asyik dibantu berulang kali? Mengapa yang berpotensi diketepikan sama sekali (dari segi memberi sedikit geran lah!???) - ada sesiapa ingin menyapa/bangkang?"
Bab komen positifnya tentang perlunya semangat yang kental saya hargai dan sanjung tinggi.... kenyataannya yang lain saya 'no komen'! 
[Rujuk http://www.facebook.com/media/set/?set=a.256908351009849.68205.100000720593928&type=1]

Wednesday, 6 July 2011

MELATIH PERANTIS BELIA dan anak-anak jiran semasa MUSIM CUTI SEKOLAH

Golden Touch D Saba S Beauty & Wellness menyediakan PAKEJ LATIHAN kepada belia/beliawanis, ibu-ibu tunggal, dan penuntut-penuntut sekolah (khususnya semasa musim percutian persekolahan). Di samping itu sebagai amal jariah saya mengalu-alukan anak-anak jiran sekampung datang belajar secara hands-on, sebaik-baiknya ibu/bapa yang menghantar ~ semoga dapatlah saya perturunkan sedikit ilmu yang ada agar dapat mereka praktikkan kat rumah - kpd ibu/bapa, atuk/nenek mereka sendiri. Insyallah dalam masa yang sama dapatlah moto 'Abadikan Herba dalam Kehidupan' dikembangkan kpd umum amnya.

Wassalaaam,

Siti Sabariah Majidah
Pengasas/Pengurus Golden Touch D Saba S Beauty & Wellness
=========
Antara usaha-usaha awal Golden Touch D Saba S Beauty & Wellness dalam latihan praktikal seni rawatan >>>

Praktikal make-up asas Perantis Nana
By Siti Sabariah (Albums) · Updated about 2 weeks ago.

------  
Melatih PERANTIS
By Siti Sabariah (Albums) · Updated about a month ago ·
Taken at MELATIH PERANTIS BELIA 1 MALAYSIA..FACIAL.....




------
May 29, 2011
By Siti Sabariah (Albums) · Updated about a month ago ·
Taken at GOLDEN TOUCH D SABA S BEAUTY N WELLNESS

MUSIM CUTI SEKOLAH...dan anak anak jiran ...
Cuti sekolah ni rutin cam biasalah...memberi latihan anak-anak jiran kemahiran dalam urutan kaki. Harap mereka akan gunakan kemahiran ini bila ada yg memerlukan.

Monday, 6 June 2011

Golden Touch D Saba S Beauty & Wellness ~ di KARNIVAL 1 MALAYSIA BEST HERBA & ULAM-ULAMAN (3-5 Jun 2011, di TEMAN, Gopeng, Perak)

Booth Golden Touch D Saba S....
Siti Sabariah Majidah
3-5 Jun 2011, TEMAN, Gopeng, Perak
Alhamdulillah dapatlah juga kami, Golden Touch D Saba S Beauty & Wellness, turut hadir dan menyumbang sedikit-sebanyak dalam KARNIVAL HERBA kali ini yang berlangsung selama tiga hari di TEMAN, Gopeng, Perak. Terima kasih di atas undangan Jabatan Pertanian Perak untuk memberi ruang kepada kami memperkenalkan perkhidmatan kecantikan dan kesihatan (beauty & wellness) yang saya ceburi sejak setahun lepas, selepas Agrofest Perak 2010
Di Karnival Herba (Day 2)
Saba, Karnival Herba (Day 1)

Saya meneruskan tema 'Herba dalam Kehidupan' dan 'Merakyatkan Industri Herba'. Dalam konteks ini, syarikat saya ingin berkhidmat kepada masyarakat di bawah tema: 'ABADIKAN HERBA DALAM KEHIDUPAN' - itu moto saya, seperti yang saya sampaikan dalam 'Talk' pada hari terakhir Karnival Herba ini.


Promosi agak terhad dan kurang diwar-warkan, begitu juga tiada liputan akbar mengenai acara yang saya rasa julung-julung kali diadakan dengan tema 'Herba dan Ulam-ulaman' di Negeri Perak. Namun ianya dapat juga menarik pengunjung, walaupun tidak ramai, ke acara tiga hari ini.

Day 3 (sebelum bagi 'Talk')
Berikut saya paparkan liputan sepintas lalu (Berita Bergambar) yang sempat kami snap dan sumbangkan dalam PERKHIDMATAN & RAWATAN yang kami sediakan. Jika tak bersempatan berkunjung, datanglah ke premis kami di Simpang 4, Hutan Melintang... saya alu-alukan kunjungan kalian. 

Wassalaaam.


KARNIVAL HERBA - Sepanjang 3 hari.... (3-5/6/2011):
KARNIVAL HERBA - Hari kedua (4/6/2011):
Belia/beliawanis terlatih, pelapis kpd usaha saya; dan bergambar bersama anak-anak Orang Asli yg saya yakin telah Abadikan Herba dalam Kehidupan harian mereka.... sebab itulah sihat-sihat dan jarang kena penyakit!
KARNIVAL HERBA - Hari pertama (3/6/2011):
KARNIVAL HERBA - Persiapan booth ~ Decor.... (malam 2/6/2011):
 

Tuesday, 31 May 2011

Golden Touch D Saba S turut serta dlm KARNIVAL HERBA 1 MALAYSIA (3-5 Jun 2011, TEMAN Gopeng, Perak)

Sila mampir semua ke booth saya, Golden Touch D Saba S Beauty & Wellness, sempena KARNIVAL HERBA 1 MALAYSIA pada tanggal 3-5 Juni 2011, venuenya di Bangunan TEMAN, Gopeng, Perak.... sepertimana undangan saya menerusi Facebook...iya deh?
May 27 at 2:15pm 
Assalamualaikum kenkawan n sahabat handai FB ku. Ingin ku jemput kalian (dari yg berpangkat N BIASA) datang beramai-ramai ke KARNIVAL HERBA 1 MALAYSIA di BANGUNAN TEMAN, FAMA GOPENG PERAK dari 03hb-05hb jun 2011. jumpa saya di sanaaaaaaaaa........
May 31 at 7:09pm
Well, well, well..... My gang GAHARU TEAM, MEDAN, INDONESIA.... mari main-main di PERAK, bersama-sama saya merayakan KARNIVAL HERBA 1 MALAYSIA di TEMAN GOPENG, PERAK PADA 3HB - 5 HB JUN 2011 INI....MARIIIIIIIIII...........

Selamat Datang ke... | Welcome to GOLDEN TOUCH D SABA S BEAUTY AND WELLNESS



Assalamu'alaikuuum....

Salam semua.... Selamat Datang ke Blog saya,
GOLDEN TOUCH D SABA S BEAUTY AND WELLNESS.

Rakan saya telah merekabentuk flyer untuk biznes kecil saya dalam bidang kecantikan dan kesihatan berasaskan seni rawatan tradisi Melayu dan moden menggunakan amalan perubatan herba. Saya menggabungkan amalan terbaik dari dua dunia itu - tradisional dan juga moden - dalam perkhidmatan saya kepada pelanggan yang berminat dalam kecantikan dan kesihatan. Sila lawati, saya rasa flyer tersebut ialah cara yang baik untuk memperkenalkan diri saya, biznes saya dalam dunia industri kecantikan dan kesihatan kini vis-a-vis perubatan herba yang mampu menyembuhkan, InsyaAllah.

Terima kasih, wassalaaam.


Siti Sabariah Majidah
GOLDEN TOUCH D SABA S BEAUTY AND WELLNESS


-------------------


Greetings...

Dear all.... Welcome to my Blog, 
GOLDEN TOUCH D SABA S BEAUTY AND WELLNESS.

My friend has designed a flyer for my small business in the beauty and wellness field based on traditional Malay treatment and modern herbal medicinal practise. I am combining the best of both worlds - traditional as well as modern - in my services to clients interested in beauty and wellness. Do drop by, I guess the flyers are a good way to introduce myself, my business in today's beauty and wellness industry vis-a-vis herbal medicine and cure, God willing.

Thank you, peace be upon you.


Siti Sabariah Majidah
GOLDEN TOUCH D SABA S BEAUTY AND WELLNESS

Flyer - muka depan | Flyer - front page

Flyer - muka belakang | Flyer - back page