Showing posts with label Karnival Herba. Show all posts
Showing posts with label Karnival Herba. Show all posts

Monday, 6 June 2011

Golden Touch D Saba S Beauty & Wellness ~ di KARNIVAL 1 MALAYSIA BEST HERBA & ULAM-ULAMAN (3-5 Jun 2011, di TEMAN, Gopeng, Perak)

Booth Golden Touch D Saba S....
Siti Sabariah Majidah
3-5 Jun 2011, TEMAN, Gopeng, Perak
Alhamdulillah dapatlah juga kami, Golden Touch D Saba S Beauty & Wellness, turut hadir dan menyumbang sedikit-sebanyak dalam KARNIVAL HERBA kali ini yang berlangsung selama tiga hari di TEMAN, Gopeng, Perak. Terima kasih di atas undangan Jabatan Pertanian Perak untuk memberi ruang kepada kami memperkenalkan perkhidmatan kecantikan dan kesihatan (beauty & wellness) yang saya ceburi sejak setahun lepas, selepas Agrofest Perak 2010
Di Karnival Herba (Day 2)
Saba, Karnival Herba (Day 1)

Saya meneruskan tema 'Herba dalam Kehidupan' dan 'Merakyatkan Industri Herba'. Dalam konteks ini, syarikat saya ingin berkhidmat kepada masyarakat di bawah tema: 'ABADIKAN HERBA DALAM KEHIDUPAN' - itu moto saya, seperti yang saya sampaikan dalam 'Talk' pada hari terakhir Karnival Herba ini.


Promosi agak terhad dan kurang diwar-warkan, begitu juga tiada liputan akbar mengenai acara yang saya rasa julung-julung kali diadakan dengan tema 'Herba dan Ulam-ulaman' di Negeri Perak. Namun ianya dapat juga menarik pengunjung, walaupun tidak ramai, ke acara tiga hari ini.

Day 3 (sebelum bagi 'Talk')
Berikut saya paparkan liputan sepintas lalu (Berita Bergambar) yang sempat kami snap dan sumbangkan dalam PERKHIDMATAN & RAWATAN yang kami sediakan. Jika tak bersempatan berkunjung, datanglah ke premis kami di Simpang 4, Hutan Melintang... saya alu-alukan kunjungan kalian. 

Wassalaaam.


KARNIVAL HERBA - Sepanjang 3 hari.... (3-5/6/2011):
KARNIVAL HERBA - Hari kedua (4/6/2011):
Belia/beliawanis terlatih, pelapis kpd usaha saya; dan bergambar bersama anak-anak Orang Asli yg saya yakin telah Abadikan Herba dalam Kehidupan harian mereka.... sebab itulah sihat-sihat dan jarang kena penyakit!
KARNIVAL HERBA - Hari pertama (3/6/2011):
KARNIVAL HERBA - Persiapan booth ~ Decor.... (malam 2/6/2011):